Covid-19 tidak terkawal di China: Pakar bimbang kemunculan varian baharu

Covid-19 tidak terkawal di China: Pakar bimbang kemunculan varian baharu

SEJUMLAH pesakit Covid-19 ditempatkan di bahagian lobi hospital berikutan wad yang penuh di bandar Chongqing, China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Wilayah perindustrian Zhejiang kini berdepan sejuta jangkitan baharu Covid-19 setiap hari malah jumlah itu dijangka meningkat sehingga dua kali ganda dalam tempoh beberapa hari lagi, menurut pihak berkuasa tempatan.

Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, terdapat peningkatan kes di seluruh negara tetapi tiada laporan kematian Covid-19 di tanah besar sejak lima hari lalu.

Rakyat dan pakar meminta data yang lebih tepat apabila jangkitan meningkat mendadak selepas Beijing membuat perubahan besar kepada dasar sifar Covid yang sebelum ini meletakkan ratusan juta rakyatnya di bawah sekatan tanpa henti hingga menjejaskan ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

Angka seluruh negara dari China menjadi tidak lengkap apabila Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berhenti melaporkan jangkitan tanpa gejala, menjadikannya lebih sukar untuk mengesan kes.

MINGGU PALING BAHAYA

“Kemuncak jangkitan dianggarkan tiba lebih awal di Zhejiang dan memasuki tahap tinggi sekitar Tahun Baharu, menyaksikan jangkitan baharu harian boleh mencecah sehingga dua juta,” menurut pihak berkuasa Zhejiang dalam kenyataan.

Zhejiang, dengan populasi 65.4 juta menyaksikan antara 13,583 jangkitan yang dirawat di hospital wilayah itu, hanya seorang pesakit mengalami gejala teruk akibat Covid-19 manakala 242 lagi jangkitan teruk dan kritikal disebabkan oleh penyakit lain.

China mengecilkan takrifannya untuk melaporkan kematian Covid-19 dengan hanya mengira kematian akibat radang paru-paru atau kegagalan pernafasan yang disebabkan oleh Covid-19 hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pakar kesihatan dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menerima data dari China mengenai kemasukan baharu ke hospital akibat Covid-19 dan organisasi itu berkata, jurang data mungkin disebabkan pihak berkuasa bergelut untuk mengira kes di negara paling ramai penduduk di dunia itu.

“China sedang memasuki minggu paling berbahaya dalam pandemik. Pihak berkuasa kini hampir tidak berusaha untuk memperlahankan penularan jangkitan,” kata nota penyelidikan dari Capital Economics.

Bandar Qingdao dan Dongguan masing-masing menganggarkan puluhan ribu jangkitan harian baru-baru ini, jauh lebih tinggi daripada jumlah kes harian nasional tanpa tanpa gejala.

Sistem penjagaan kesihatan negara mengalami tekanan yang besar, dengan kakitangan diminta bekerja semasa sakit dan juga pekerja perubatan dari luar bandar yang sudah bersara diupah semula untuk membantu usaha akar umbi.

MUNCUL VARIAN BAHARU?

Lonjakan kes Covid-19 di China dikhuatiri mencetuskan mutasi koronavirus baharu di dunia.

Para saintis bimbang perkara itu mungkin berlaku seperti varian Omicron yang menular di negara itu kini dan dikhuatiri boleh menjadi gabungan strain atau sesuatu yang sama sekali berbeza.

“Setiap jangkitan baharu menawarkan peluang untuk koronavirus bermutasi. China mempunyai populasi yang sangat besar dan terdapat imuniti yang terhad menyebabkan kita mungkin melihat letusan varian baharu,” kata Pakar Penyakit Berjangkit Universiti Johns Hopkins, Dr. Stuart Campbell Ray.

Walaupun kadar vaksinasi yang dilaporkan secara keseluruhan adalah tinggi, tahap pengambilan dos penggalak adalah lebih rendah terutamanya dalam kalangan warga emas.

Vaksin domestik juga terbukti kurang berkesan terhadap jangkitan serius berbanding versi mRNA buatan Barat dan banyak diberikan lebih daripada setahun lalu, bermakna imuniti telah berkurangan.

Pengkaji virus di Universiti Negeri Ohio, Dr. Shan-Lu Liu berkata, banyak varian Omicron sedia ada sudah dikesan di China termasuk BF.7 yang ‘sangat mahir dalam mengelak imuniti’ dan dipercayai memacu lonjakan semasa.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya