China longgar sekatan Covid-19 di seluruh negara - Utusan Malaysia

China longgar sekatan Covid-19 di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mengumumkan pelonggaran sekatan Covid-19 di seluruh negara, susulan gelombang protes meluas yang menentang peraturan ketat penularan wabak di republik itu.

Di bawah peraturan baharu itu, pesakit Covid-19 yang mempunyai gejala ringan dan tanpa simptom kini dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.

Langkah itu sekali gus menamatkan keperluan pesakit Covid-19 menjalani kuarantin di kemudahan kesihatan kerajaan.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) dalam kenyataan memaklumkan kebanyakan kes Covid-19 adalah jangkitan asimptomatik dan gejala ringan tanpa memerlukan rawatan khas.

“Pesakit tanpa simptom dan mempunyai gejala ringan boleh menjalani kuarantin di rumah sambil memantau kesihatan mereka.

“Individu itu boleh dipindahkan ke hospital berkaitan untuk mendapat rawatan sekiranya keadaan kesihatan mereka bertambah buruk,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, NHC memaklumkan kekerapan pengambilan ujian PCR juga akan dikurangkan.

Ujian saringan Covid-19 besar-besaran akan dihadkan kepada kawasan sekolah dan lokasi berisiko tinggi.

Berdasarkan peraturan baharu itu, penduduk yang melakukan perjalanan rentas wilayah juga tidak memerlukan keputusan negatif ujian saringan diambil dalam tempoh 48 jam.

“Mereka juga tidak perlu lagi melakukan saringan semasa ketibaan,” jelas kenyataan itu.

Pengumuman itu dibuat susulan demonstrasi yang jarang berlaku di seluruh negara menentang dasar sifar Covid-19 yang dibawa Parti Komunis itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya