15 penyeludup terbunuh, pertempuran dengan tentera Thailand di sempadan Myanmar - Utusan Malaysia

15 penyeludup terbunuh, pertempuran dengan tentera Thailand di sempadan Myanmar

TENTERA Thailand menunjukkan beg berisi dadah yang ditemukan selepas pertempuran dengan sekumpulan penyeludup di daerah Fang di wilayah Chiang Mai.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seramai 15 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara tentera Thailand dan suspek penyeludupan dadah di kawasan hutan di utara negara berhampiran sempadan Myanmar kelmarin.

Perkara itu disahkan Pasukan Petugas Pha Muang yang merupakan unit tentera yang menjaga keselamatan di wilayah sempadan utara Thailand.

Lapor pihak berkuasa, pasukan tentera bertemu kumpulan suspek seramai kira-kira 20 orang yang membawa beg galas dan mengarahkan mereka untuk berhenti, tetapi mereka sebaliknya melepaskan tembakan.

Pertempuran berlaku kira-kira 10 minit dan tiada anggota tentera yang cedera.

Namun apabila pasukan tentera itu kembali untuk memeriksa lokasi kejadian di daerah Fang di wilayah Chiang Mai, mereka menemukan mayat 15 suspek yang disyaki penyeludup itu bersama 29 beg galas yang dipenuhi dadah methamphetamine jenis kristal.

Pasukan tentera turut menemui senapang dan bom tangan di lokasi kejadian

Polis masih menyiasat sama ada suspek membawa masuk dadah itu dari Myanmar.

Laluan itu adalah laluan biasa bagi dadah yang diseludup ke Thailand.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya