Tokong di Thailand kosong, semua sami kena 'angkut' positif dadah - Utusan Malaysia

Tokong di Thailand kosong, semua sami kena ‘angkut’ positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sebuah tokong Buddha di tengah Thailand kosong selepas kesemua sami yang berada di rumah ibadat itu ditahan kerana gagal dalam ujian dadah.

Seramai empat sami termasuk ketua tokong di wilayah Phetchabun disahkan positif methamphetamine dalam ujian tersebut.

Polis melakukan serbuan di tokong berkenaan selepas mendapat aduan mengenai penyalahgunaan dadah di rumah ibadat tersebut.

Sehubungan itu, kesemuanya ditahan dan dibawa ke kelinik bagi menjalani pemulihan dadah.

“Tokong itu kini kosong dan banyak penduduk kampung bimbang kerana mereka tidak berpeluang menunaikan nazar tanpa kehadiran sami,” kata jurucakap pihak berkuasa, Boonlert Thintapthai.

Thailand merupakan antara negara transit paling aktif dalam penyeludupan methamphetamine dari Myanmar.

Dalam pasaran di negara ini, sebiji pil dadah itu dijual pada harga kurang 20 baht (RM2.50). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya