Selipar kotor pernah dipakai Steve Jobs dilelong AS$200,000 - Utusan Malaysia

Selipar kotor pernah dipakai Steve Jobs dilelong AS$200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES – Sepasang selipar Birkenstock terpakai milik pengasas bersama syarikat Apple, Steve Jobs yang mempopularkan idea eksekutif teknologi memakai pakaian yang sama dalam penampilan awam dilelong hampir AS$200,000 (RM998,250) oleh sebuah firma lelongan berpangkalan di California, Amerika Syarikat kelmarin

Firma Julien’s yang mengendalikan lelongan itu sebelum ini menjangkakan selipar tersebut akan dilelong antara AS$60,000 (RM272,250) dan AS$80,000 (RM363,000).

Bagaimanapun, pembelinya tidak didedahkan.

Selipar kotor itu dipakai oleh Jobs pada tahun 1970-an dan 1980-an dan diselamatkan daripada menjadi sampah oleh Mark Sheff yang menguruskan satu daripada hartanah milik ahli teknologi itu di Albany, California, pada tahun 1980-an.

Jobs memakai sandal ini semasa detik-detik penting dalam sejarah Apple, kata firma lelongan itu dalam laman webnya.

Pada tahun 1976, dia memulakan pengeluaran komputer Apple di garaj rumah keluarganya di Los Altos dengan rakannya, Steve Wozniak dan beberapa orang lagi sambil sekali-sekala memakai selipar tersebut.

Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 ketika berusia 56 tahun selepas bertarung lama dengan kanser pankreas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya