Sangka anak hilang diculik, rupanya keluar cari ibu berborak di rumah jiran - Utusan Malaysia

Sangka anak hilang diculik, rupanya keluar cari ibu berborak di rumah jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAMUJU TENGAH: Kebimbangan seorang ibu yang menyangka anaknya hilang akibat diculik seorang wanita tidak dikenali bertukar lega selepas mendapati wanita itu sebenarnya menyelamatkan anaknya.

Insiden itu bermula selepas penduduk di Desa Topoyo di Mamuju Tengah, Sulawesi Barat kecoh dengan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun diculik seorang wanita yang menaiki trak.

Tanggapan itu dibuat selepas tersebarnya rakaman kamera litar tertutup dari sebuah kedai yang menunjukkan wanita itu keluar dari trak dan membawa kanak-kanak lelaki tersebut ke dalam kenderaan terbabit.

Turut dirakam aksi wanita itu turun dari trak beberapa kali ekoran selipar kanak-kanak tersebut tertanggal dan menangis.

Terdahulu, ibu kanak-kanak itu pergi ke rumah jiran dan meninggalkannya anaknya di rumah bersendirian.

Kanak-kanak itu yang dipercayai berasa takut melihat ibunya tiada, bertindak keluar untuk mencari wanita tersebut sehingga ke jalan raya.

Ketika berada di tepi jalan, sebuah trak berhenti dan turun seorang wanita cuba memujuk kanak-kanak tersebut.

Bimbang dengan maklumat yang diterimanya, ibu kanak-kanak itu kemudiannya membuat laporan polis.

Tidak lama kemudian, polis menghubunginya dan memaklumkan anaknya sudah ditemukan selepas dihantar ke balai polis oleh seorang wanita menaiki trak.

Polis kemudiannya menghantar kanak-kanak itu ke rumahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya