Russia kembalikan latihan ketenteraan ala Kesatuan Soviet di sekolah - Utusan Malaysia

Russia kembalikan latihan ketenteraan ala Kesatuan Soviet di sekolah

MURID sekolah di Rusia akan menjalani latihan asas ketenteraan selama dua tahun sebagai pelajaran wajib dalam kurikulum mulai tahun depan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia mengembalikan latihan ketenteraan era Kesatuan Soviet di sekolah-sekolah di negara ini selepas berdepan kehilangan jumlah anggota tentera yang besar di Ukraine.

Kanak-kanak akan diajar cara-cara menembak, mengendalikan senapang Kalashnikov selain mempelajari pertolongan cemas serta cara bertindak balas terhadap serangan kimia dan nuklear ketika dua tahun terakhir persekolahan.

Lapor portal Mail Online, pegawai ketenteraan Russia dipercayai cuba menghidupkan semula program ala Komunis itu sebagai tindak balas kepada kekalahan berulang di Ukraine.

Kementerian Pertahanan mendedahkan, Russia merancang  memulakan program latihan berkenaan pada September depan dengan lebih 140 jam waktu akademik diperuntukkan setiap tahun untuk melaksanakannya.

Jelas kementerian itu, pelan tersebut akan direka khas bagi menyediakan pelajar dengan kemahiran ketenteraan ketika mereka menghampiri usia kerahan tenaga dan meningkatkan gerakan mobilisasi kerahan tenaga di negara ini.

Langkah terbaharu itu dibuat ketika Presiden, Vladimir Putin mencadangkan untuk melucutkan kewarganegaraan rakyat bukan kelahiran Russia yang bertindak mengkritik perang di Ukraine.

Pindaan itu dilaporkan akan menyasarkan warga Ukraine yang memperoleh pasport Russia semasa pendudukan di Crimea.

Tindakan yang akan dianggap sebagai jenayah itu termasuk mencemarkan nama baik tentera Russia, menyebarkan berita palsu dan penyertaan dalam aktiviti organisasi yang tidak diiktiraf kerajaan negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya