Polis temukan lebih 60 bangkai kucing, anjing bersepah dalam rumah di Thailand - Utusan Malaysia

Polis temukan lebih 60 bangkai kucing, anjing bersepah dalam rumah di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Agensi Watchdog Thailand menemukan 63 bangkai kucing, satu bangkai anjing dan 80 lagi haiwan dalam keadaan tidak terurus yang dikurung dalam sebuah rumah, di sini baru-baru ini.

Kebanyakan bangkai haiwan berkenaan disimpan dalam peti sejuk beku, malah ada yang dibiarkan mereput dan bersepah di dalam rumah.

Pemilik rumah berkenaan yang pada awalnya cuba melarikan diri, ditahan polis bagi membantu siasatan.

Agensi itu bekerjasama dengan polis untuk membuat pemeriksaan di rumah tersebut selepas menerima laporan daripada orang ramai yang mendakwa banyak haiwan terabai dikurung dalam premis berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan, najis haiwan dan bangkai kucing memenuhi ruang rumah tersebut, selain banyak haiwan lain dalam keadaan kurus serta tidak bermaya.

Disebabkan tidak diberikan makanan, kesemua anjing dan kucing yang kelaparan itu memakan bangkai yang bersepah atas lantai.

Selain itu, pihak berkuasa turut menemukan sejumlah bangkai kucing dan anjing disimpan dalam peti sejuk beku, selain setiap bilik dalam rumah tersebut dipenuhi serangga dan kotor.

Seorang wanita berusia 40-an yang dipercayai pemilik rumah itu berada di premis berkenaan ketika serbuan dilakukan.

Dia cuba meraih simpati pihak berkuasa supaya tidak menahannya sebelum cuba melarikan diri menggunakan kenderaan sebelum kereta dipandunya terbabas melanggar tembok.

Situasi itu menyebabkan wanita berkenaan pengsan dan ambulans dihubungi untuk membawanya ke hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya