Penemuan terowong bantu beri petunjuk lokasi makam Cleopatra - Utusan Malaysia

Penemuan terowong bantu beri petunjuk lokasi makam Cleopatra

AHLI Arkeologi menemukan terowong di kawasan kuil purba Mesir yang bakal membantu beri petunjuk usaha pencarian makam Cleopatra.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Sebuah terowong unik melalui lapisan batu ditemui di bawah kuil purba Mesir, Taposiris Magna yang mungkin boleh membantu para ahli arkeologi menemukan lokasi sebenar makam Ratu Mesir purba, Cleopatra.

Terowong sepanjang 1.463 kilometer (km) dengan ketinggian kira-kira 1.8 meter (m) itu disifatkan sebagai ‘keajaiban geometri’ kerana dikatakan menyerupai Terowong Eupalinos di Pulau Samos yang merupakan salah satu kejuruteraan terpenting zamannya.

Ahli Arkeologi Universiti San Domingo, Kathleen Martinez berkata, beliau yakin firaun terakhir Mesir, Cleopatra dan kekasihnya Mark Antony dikebumikan di dalam kuil  Taposiris Magna dan terowong tersebut bakal menjadi laluan kepada penemuan makam mereka.

“Ini adalah kali pertama ahli arkeologi menemui terowong atau laluan bawah tanah. Terdapat kemungkinan besar Ratu itu dikebumikan di sana dan menjadi kewajipan saya untuk mencarinya kerana ia mungkin boleh menjadi penemuan terpenting abad ke-21. 

“Ahli arkeologi percaya selepas Mark Antony membunuh diri berikutan kekalahannya kepada Caesar Augustus, Cleopatra membuat rancangan terperinci untuk kedua-duanya dikebumikan di kuil ini,” ujarnya. 

Pasukan yang bekerja di tapak kuil berkenaan menemui sebahagian terowong yang hampir tenggelam itu bersama beberapa kapal tembikar dan bongkah batu kapur di bawah timbunan lumpur.

Pasukan penyelidik percaya tapak asas Kuil Taposiris Magna mungkin pernah tenggelam akibat lebih 23 kejadian gempa bumi yang melanda pantai Mesir antara 320 Masihi dan 1303 Masihi.

Martinez memaklumkan pihak juga menemui beberapa artifak penting di dalam kuil berkenaan termasuk syiling yang mengandungi imej dan nama kedua-dua Ratu Cleopatra, Alexander the Great dan beberapa patung Dewi Isis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya