Penduduk AS ketagih jilat badan kodok untuk berkhayal

Penduduk AS ketagih jilat badan kodok untuk berkhayal

KODOK Gurun Sonoran atau kodok sungai Colorado mampu mengkhayalkan sesiapa yang menjilat bahagian belakang tubuhnya.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Perkhidmatan Taman Negara Amerika Syarikat (AS) mendedahkan semakin ramai yang terpengaruh dengan tabiat pelik dengan menjilat kodok terbesar di Amerika Utara untuk merasa sensasi ‘khayal’ seperti mengambil dadah.

Lapor portal metro.co.uk, kodok Gurun Sonoran atau juga dikenali sebagai kodok sungai Colorado mempunyai sejenis kelenjar parotoid yang sangat menonjol dan mengeluarkan toksin yang kuat.

Walaupun ramai yang mungkin merasa gerun atau melarikan diri apabila melihat amfibia bersaiz sekitar 17 sentimeter itu tetapi terdapat juga segelintir pihak yang gemar mencari haiwan berkenaan untuk tujuan aneh itu.

Perkhidmatan Taman Negara Amerika AS dalam akaun Facebooknya bagaimanapun melarang perbuatan berkenaan kerana boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit.

“Hanya beberapa kodok boleh menyebabkan rasa khayal, dan tahapnya berbeza bagi setiap haiwan. Manusia boleh menjadi khayal jika menjilat bahagian belakang badan kodok itu atau menyimpan toksin yang dirembeskannya dan menggunakannya kemudian.

“Ia boleh membuat anda sakit jika anda memegang atau menjilat kodok itu malah berisiko mendapat racun dalam mulut anda,” jelas perkhidmatan taman itu.

Antara penyakit yang biasa berlaku akibat menjilat kodok adalah euforia dan halusinasi, tetapi terdapat juga kesan lebih buruk termasuk kebimbangan, loya, sawan dan kematian.

Dalam satu forum kesihatan tahun lalu, bekas peninju terkenal dunia, Mike Tyson pernah menceritakan pengalamannya hampir mati akibat menjilat kodok berkenaan kerana cuba berasa khayal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN