RIO DE JENEIRO: Pemandu lori di Brazil yang setia kepada bekas Presiden, Jair Bolsonaro menyekat jalan raya di seluruh negara selepas kekalahannya dalam pilihan raya kelmarin.
Sekatan dilaporkan di semua kecuali dua negeri, menyebabkan gangguan lalu lintas yang besar dan menjejaskan rantaian bekalan makanan.
Selepas semua undian dikira, Luiz Inácio Lula da Silva Lula mendapat 50.9 peratus undi berbanding 49.1 peratus diperoleh Bolsonaro pada pusingan akhir Ahad lalu.
Bekas presiden berhauan kanan itu tidak mengaku kalah mahupun mencabar keputusan tersebut.
Terdapat kebimbangan tindakan itu merumitkan tempoh peralihan selama dua bulan sebelum Lula mengangkat sumpah pada 1 Januari 2023.
Lula membuat kemunculan semula yang mengagumkan dalam pilihanraya Brazil.
Pemandu lori pro-Bolsonaro mula membuat sekatan jalan raya di seluruh negara sejurus selepas keputusan pilihan raya diumumkan.
Menjelang malam Isnin, polis lebuh raya persekutuan melaporkan 342 kejadian sedemikian, dengan bantahan terbesar berlaku di selatan negara itu.-AGENSI