Lempar bom ke arah rakyat Palestin, tiga tentera Zionis ditahan - Utusan Malaysia

Lempar bom ke arah rakyat Palestin, tiga tentera Zionis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tiga anggota tentera Israel ditahan semalam selepas didakwa melempar bom buatan sendiri ke arah penduduk Palestin berhampiran bandar Baitulaham di Tebing Barat.

Ketiga-tiga anggota tentera itu dipercayai mahu membalas dendam terhadap tindakan penembak Palestin yang merampas mayat seorang remaja Israel yang terbabit dalam nahas jalan raya dari sebuah hospital di Jenin Rabu lalu, kata Pasukan Pertahanan Israel.

Kes itu mencetuskan kebimbangan tentera Israel mungkin melancarkan serangan untuk mendapatkan kembali mayat remaja berkenaan, namun mayatnya dikembalikan secara senyap selepas rundingan 30 jam membabitkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam satu kenyataan, tentera Israel memaklumkan sudah memulakan siasatan berhubung serangan terhadap warga Palestin oleh tiga anggota tenteranya berhampiran Baitulaham semalam, namun tidak memberi perincian lanjut.

Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz, berkata sekiranya terbukti bahawa kes itu berpunca daripada perbuatan balas dendam, ia bererti pihak tentera berdepan dengan tuduhan yang serius dan perlu bertanggungjawab.

“Tentera Israel tidak boleh melanggar undang-undang dan bertindak membalas dendam,” katanya menerusi Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya