SINGAPURA: Seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak dipenjara selama 24 tahun serta 24 sebatan selepas disabit kesalahan merogol pembantu rumahnya berulang kali.
Pesalah berusia 34 tahun itu melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar bersama anak-anak mereka.
Dia mendakwa, dia melakukan jenayah itu kerana tidak berpuas hati dengan isterinya yang dikatakan ‘tidak lagi memenuhi selera seksualnya’.
Pembantu rumah itu yang merupakan rakyat Indonesia berusia 26 tahun, datang ke republik ini untuk bekerja pada Januari 2020.
Disebabkan tidak tahan menjadi mangsa rogol, mangsa kemudiannya melarikan diri selepas sebulan bekerja.
Namun, disebabkan trauma yang dialaminya, dia kehilangan dua lagi kerja baharu, selain berdepan tekanan apabila keluarga dan teman lelakinya menyalahkanya terhadap insiden yang berlaku.
Lelaki itu didakwa merogol mangsa sebanyak empat kali antara September 2020 dan Oktober 2020.
Selepas melarikan diri, mangsa kemudiannya membuat laporan polis bersama ejennya sebelum diberi rawatan di hospital.