Lari dari sekolah pondok, keluarga pelajar disuruh bayar denda RM11,000 - Utusan Malaysia

Lari dari sekolah pondok, keluarga pelajar disuruh bayar denda RM11,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASIKMALAYA: Seorang pelajar sekolah pondok berusia 12 tahun di Tasikmalaya didenda sebanyak 37,250 juta rupiah (RM11,326) oleh yayasan sekolah pondok tempatnya menimba ilmu hanya kerana dia melarikan diri dari premis berkenaan.

Hal itu dimaklumkan oleh Ketua Suruahnjaya Perlindungan Anak Indonesia (KPAID) Daerah Tasikmalaya, Ato Rinanto kepada Kompas.com, semalam.

Katanya, ibu bapa pelajar tersebut datang ke pejabat KPAID Tasikmalaya untuk mengadu hal berkenaan.

Ibu bapa pelajar itu memberitahu, anak mereka ditawarkan belajar secara percuma di sekolah pondok tersebut, namun dimaklumkan, jika tidak menghabiskan fasa pembelajaran, mereka boleh didenda.

“Namun, kami tidak pernah diberitahu mengenai jumlah denda tersebut dan akhirnya dimaklumkan perlu membayar sebanyak 37,250 juta kepada yayasan.

“Jumlah itu bersamaan 50,000 rupiah (RM15.20) sehari dan didarabkan dengan 745 hari anak kami belajar di sekolah tersebut,” kata mereka.

Denda itu dikenakan kepada keluarga tersebut selepas pelajar berkenaan sudah tiga kali melarikan diri dari sekolah berkenaan.

Alasan yang diberikan, dia tidak berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang hafazan dan ingin bertukar ke sekolah biasa.

Selain itu, ibu bapa pelajar tersebut juga menerima surat denda daripada yayasan sekolah pondok terbabit supaya segera membayar jumlah yang dinyatakan.

“Kami sudah terima surat makluman itu dan di dalamnya, yayasan menyatakan anak kami melanggar peraturan dan denda itu sebagai hukuman bagi masalah disiplin yang dilakukannya,” jelas bapa pelajar tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya