Khidmat 'panggilan tidur' jadi trend baharu di Indonesia - Utusan Malaysia

Khidmat ‘panggilan tidur’ jadi trend baharu di Indonesia

FAHRIJA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Khidmat panggilan tidur atau bersembang melalui telefon pada waktu malam menjadi kegemaran baharu rakyat Indonesia khususnya golongan muda di negara ini.

Pembekal perkhidmatan panggilan tidur menawarkan pelbagai pakej, untuk menarik perhatian bakal pelanggan.

Fahrija, 20, sebagai salah satu penyedia perkhidmatan panggilan tidur yang dipanggil ‘Sleep Call-mu’ turut bersaing mencari idea kreatif agar perkhidmatan mereka mendapat perhatian.

Dia menawarkan perkhidmatan panggilan tidur dan juga menghantar mesej atau sembang pada kadar 3,000 rupiah hingga 300,000 rupiah (85 sen hingga RM85).

Julat harga ini menentukan jenis perkhidmatan dan tempoh perkhidmatan yang dipesan oleh pelanggan.

Biarpun baru tiga bulan berkecimpung dalam perniagaan ini, lelaki berasal dari Cilegon, Banten itu mendedahkan kebanyakan pelanggannya memesan pakej sleep call atau chat dengan tempoh beberapa jam.

Fahrija mengakui, terdapat juga pelanggan yang menempah pakej panggilan tidur dan sembang selama setahun penuh.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya