Jeddah dilanda banjir teruk, dua maut - Utusan Malaysia

Jeddah dilanda banjir teruk, dua maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Sekurang-kurangnya dua orang maut semalam selepas hujan lebat melanda barat Arab Saudi, termasuk Jeddah.

Keadaan itu menyebabkan sejumlah penerbangan terpaksa ditangguhkan, selain beberapa sekolah ditutup sehingga keadaan kembali reda.

“Setakat ini, dua kematian dilaporkan dan pihak berkuasa meminta semua penduduk supaya duduk di rumah jika tiada urusan penting,” menurut pihak berkuasa Mekah menerusi Twitter.

Jalan yang menghubungi Jeddah dan Mekah turut ditutup selepas hujan lebat melanda, sebelum dibuka kembali tidak lama kemudian.

Media tempatan melaporkan, para jemaah mengelilingi Kaabah dalam keadaan hujan lebat di Masjidilharam.

Dalam pada itu di Jeddah, beberapa imej yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan sejumlah kawasan dinaiki banjir sehingga ada kenderaan tenggelam.

Sementara itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi merekodkan 179 milimeter padu hujan, iaitu yang tertinggi pernah direkodkan di bandar raya ini.

Hujan lebat dilaporkan turun sejak pukul 8 pagi waktu tempatan sehingga pukul 2 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya