OTTAWA: Ganja berkemungkinan mendatangkan kesan lebih buruk terhadap paru-paru dan sistem pernafasan berbanding tembakau.
kajian yang dilakukan oleh Universiti Ottawa dan Hospital Ottawa terhadap 56 penghisap ganja, 57 individu bukan perokok serta 33 orang perokok tembakau antara 2005 hingga 2020.
Kumpulan penyelidik mendapati, kadar keradangan dan penyakit paru-paru kronik berlaku lebih tingggi dalam kalangan penghisap ganja berbanding tembakau dan mereka yang tidak merokok.
“Pengambilan ganja semakin meningkat dan mencetuskan persepsi dalam kalangan orang ramai bahawa bahan itu lebih selamat berbanding tembakau.
“Namun, kajian ini menunjukkan sebaliknya,” kata pakar radiologi di Hospital Ottawa, Giselle Revah.
Katanya, kadar keradangan paru-paru yang tinggi boleh dikaitkan dengan perbezaan bagaimana pengguna mengambil kedua-dua bahan tersebut.
“Kebiasaannya, ganja diambil tanpa sebarang penapisan berbanding tembakau yang ditapis menerusi rokok.
“Bila tidak ditapis, asap yang dihasilkan boleh membebankan paru-paru dan lama kelamaan, organ itu akan mengalami keradangan,” ujarnya. – AFP