Empat negara sepakat calon kebaya ke UNESCO - Utusan Malaysia

Empat negara sepakat calon kebaya ke UNESCO

MALAYSIA, Singapura, Brunei dan Thailand sepakat mengangkat pakaian tradisional kebaya sebagai warisan bersama ke UNESCO.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Singapura, bersama  Malaysia, Brunei dan Thailand, akan bersama-sama mencalonkan kebaya dalam Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan Saintik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (UNESCO).

Perkara itu disahkan oleh Lembaga Warisan Kebangsaan (NHB) dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Menurut NHB, pencalonan tersebut merupakan pencalonan multinasional pertama Singapura dan pencalonan multinasional pertama yang melibatkan empat negara.

Pencalonan multinasional bagi pakaian tradisional wanita yang mewakili sebahagian besar warisan Melayu dan bandar pelabuhan Singapura selain mencerminkan gabungan unik budaya di Asia Tenggara itu pertama kali dicadangkan dan diselaraskan oleh Malaysia.

“Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand bersetuju untuk bekerjasama dalam pencalonan multinasional ini kerana kebaya mewakili dan meraikan kekayaan sejarah perkongsian rantau ini.

“Pakaian tradisi itu juga menggalakkan persefahaman silang budaya malah terus hadir dan dihasilkan secara aktif dan dipakai oleh banyak komuniti di seluruh Asia Tenggara, ” jelas NHB.

NHB berkata, empat negara yang mengambil bahagian menyasarkan untuk menyerahkan pencalonan kebaya itu kepada UNESCO pada Mac 2023.

Dalam pada itu, Malaysia bersama tiga negara terlibat turut mengalu-alukan penglibatan negara serantau lain untuk menyertai pencalonan bersama tersebut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya