Elon Musk pecat separuh pekerja Twitter - Utusan Malaysia

Elon Musk pecat separuh pekerja Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Hartawan Terkemuka, Elon Musk memecat lebih separuh daripada 7,500 kakitangan Twitter tanpa notis selepas hanya seminggu mengambil alih syarikat ikonik di Silicon Valley itu.

Menurut sumber, kira-kira 50 peratus atau 3,700 pekerja terjejas akibat usaha membaik pulih yang drastik itu dan kesemua mereka dihentikan akses kepada komputer syarikat dan emel secara serta-merta.

Kakitangan syarikat itu dari seluruh dunia membanjiri laman Twitter untuk meluahkan kekecewaan dan rasa tidak percaya dengan arahan pemberhentian kerja secara besar-besaran itu walaupun desas desus tentang perkara itu sudah mula didengari beberapa hari lalu.

“Terjaga dari tidur dengan berita bahawa masa saya bekerja di Twitter telah berakhir. Saya sedih. Saya masih tidak boleh menerimanya,” luah bekas Pengarah Dasar Awam Twitter untuk Amerika Syarikat (AS) dan Kanada, Michele Austin.

Musk menerusi kenyataannya petang kelmarin berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain kerana syarikat itu kerugian lebih AS$4 juta (RM18.9 juta) sehari.

Menjelang pemberhentian itu, Twitter menutup akses ke pejabatnya di seluruh dunia sebaliknya meminta pekerja berada di rumah dan menunggu berita tentang nasib mereka melalui emel.

“Ia adalah cara yang agak tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah satu usaha terdesak apabila mereka cuba menjimatkan wang melalui semua cara,” kata seorang pekerja yang dipecat yang enggan dikenali.

Pengurangan pekerja itu adalah sebahagian daripada usaha Musk untuk mencari cara membayar perjanjian besar berjumlah AS$44 bilion (RM208.9 bilion) daripada pemilikan tersebut.

Beliau terpaksa menanggung hutang berbilion dolar dan dilaporkan telah menjual saham bernilai AS$15.5 bilion (RM73.6 bilion) dalam syarikat kereta elektriknya, Tesla.

Sumber syarikat berkata,  pasukan Musk juga mengenakan pemantauan ke atas pekerja yang tinggal dengan membawa masuk pembangun Tesla untuk mengawasi setiap pekerja Twitter.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya