COP27 beri dana bantu negara terjejas akibat bencana alam

COP27 beri dana bantu negara terjejas akibat bencana alam

PAKISTAN mengalami kerugian besar akibat bencana banjir yang berlaku tahun ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHARM EL SHEIKH, Mesir: Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP27) melabuhkan tirainya semalam dengan mencapai perjanjian untuk membantu negara-negara yang terjejas akibat perubahan iklim menerusi dana khas.

Namun, sidang kemuncak itu masih menyaksikan kekecewaan pelbagai pihak, terutamanya PBB mengenai kegagalan menyekat pelepasan gas karbon.

Rundingan yang berlangsung selama dua minggu itu yang disifatkan dipenuhi dengan ‘ketidakseimbangan penyelesaian’ menarik nafas lega menerusi persetujuan yang dicapai.

Kumpulan delegasi saling bertepuk tangan selepas dana pemulihan itu diumumkan.

Namun, bagi PBB, dana itu bukanlah penyelesaian keseluruhan kerana selagi pelepasan karbon tidak dikurangkan, masalah alam akan tetap berlaku.

“Planet kita masih lagi dalam zon kecemasan. Kita perlu mengurangkan pelepasan secara drastik dan apa yang sedih, perkara itu masih belum dicapai dalam sidang kemuncak kali ini,” kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

PBB cuba mengekalkan tahap pelepasan karbon tidak melebihi 1.5 darjah Celsius di seluruh dunia.

Kekecewaan itu juga diluahkan oleh Timbalan Presiden Suruhanjaya Eropah, Frans Timmermans.

“Apa yang ada di depan kita ketika ini tidak cukup untuk membantu penduduk dan planet kita.

“Kita perlu lebih serius dalam tangani pelepasan karbon yang semakin tinggi,” ujarnya.

Sementara itu, dana bantuan tersebut akan disalurkan kepada negara-negara yang mengalami kemusnahan teruk akibat bencana alam yang berpunca daripada perubahan iklim.

Antara negara yang bakal menerima bantuan tersebut adalah Pakistan yang kerugian AS$30 bilion (RM137 bilion) akibat banjir besar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya