Biden beri jaminan tiada perang dingin dengan China - Utusan Malaysia

Biden beri jaminan tiada perang dingin dengan China

PRESIDEN AS, Joe Biden (kanan) dan Presiden China, Xi Jinping (kiri) berjabat tangan ketika bertemu di luar Sidang Kemuncak G20 di Nusa Dua di Bali, Indonesia kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden memberi jaminan tidak akan wujud sebarang ‘perang dingin baharu’ dengan China, berikutan pertemuan damai dengan Presiden China, Xi Jinping di Bali kelmarin.

Beliau turut menegaskan, AS percaya China tidak akan melancarkan sebarang serangan ke atas Taiwan.

Pertemuan berkenaan merupakan yang pertama secara peribadi antara dua pemimpin kuasa besar itu sejak Biden memegang jawatan pada tahun 2020 .

Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan pencerobohan Korea Utara dan Russia ke atas Ukraine dalam rundingan di Bali, sehari sebelum Sidang Kemuncak Pemimpin Dunia G20 berlangsung.

Kedua-duanya berkata, mereka menentang penggunaan senjata nuklear di Ukraine sementara Jinping yang sebelum ini didesak untuk berunding dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, mengulangi seruan China untuk perdamaian sambil menegaskan bahawa tiada penyelesaian mudah untuk masalah yang kompleks itu.

“Sukar untuk mengatakan bahawa saya pasti China boleh mengawal Korea Utara. Tetapi China mempunyai kewajiban untuk menghalang Pyongyang daripada terlibat dalam satu lagi ujian senjata nuklear,” jelas Biden.

Taiwan menjadi tumpuan utama semasa pertemuan tiga jam yang berlangsung di sebuah hotel mewah sejurus selepas ketibaan Jinping di Bali.

Ketegangan memuncak pada Ogos lalu apabila Speaker Dewan Rakyat AS, Nancy Pelosi melawat Taiwan dan China kemudian bertindak balas dengan latihan ketenteraan berskala besar di sekitar pulau itu, menimbulkan kebimbangan kemungkinan konflik antara AS dan China.

Dalam kenyataan kepada media China, Jinping menegaskan bahawa Taiwan kekal sebagai teras kepentingan utama China dan garis merah pertama dalam hubungan AS-China yang tidak boleh dilangkaui.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pegawai AS memberi amaran bahawa China mungkin meningkatkan rancangan untuk menyerang Taiwan.

“Saya benar-benar percaya tidak perlu ada perang dingin baru. Saya sudah bertemu banyak kali dengan Jinping dan kami berterus terang serta jelas antara satu sama lain secara menyeluruh. Saya tidak fikir terdapat sebarang percubaan yang akan berlaku di pihak China untuk menyerang Taiwan.

4r5″Saya menyatakan dengan jelas bahawa kita mahu melihat isu-isu rentas selat diselesaikan secara aman dan oleh itu ia tidak perlu sampai kepada peperangan dan saya yakin beliau faham apa yang saya katakan dan saya juga memahami beliau,” ujar Biden.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya