Wanita maut tercekik gigi palsu  - Utusan Malaysia

Wanita maut tercekik gigi palsu 

GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Seorang wanita berusia 48 tahun di Colombia meninggal dunia selepas didakwa tertelan dan tercekik gigi palsunya ketika sedang tidur.

Lapor Oddity Central, doktor sentiasa menasihati individu menanggalkan gigi palsu ketika tidur untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.  

Maria Farías Guzman yang berasal dari wilayah Armenia dilaporkan tidak mengendahkan saranan doktor.

Maria dikatakan tidur dengan gigi palsunya masih dipakai dalam mulut dan secara tidak sengaja tertelan sehingga tercekik di kerongkongnya.

Menurut keluarganya, mereka terdengar bunyi pelik dari bilik Maria sebelum memeriksa dan menemukan wanita itu tidak bernafas lagi. 

Maria kemudian dikejarkan ke Hospital del Sur di bandar Quindio yang mana sekumpulan doktor cuba menghidupkan semula dan membersihkan saluran pernafasan wanita itu akibat tercekik gigi palsunya.

Malangnya, usaha pasukan doktor itu tidak berjaya dan Maria disahkan meninggal dunia akibat saluran pernafasan tersumbat.

Sementara itu, jurucakap jabatan polis Quindio, William Alberto Zubieta Pardo berkata, ahli keluarga mangsa menyedari keadaan wanita itu yang tercekik gigi palsunya semasa sedang tidur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya