Villa Aurora rumah termahal di dunia, dijual RM2.2 bilion

Villa Aurora rumah termahal di dunia, dijual RM2.2 bilion

VILLA AURORA kekal di pasaran sebagai rumah termahal di dunia selepas dilelong Januari lalu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Sebuah villa abad ke-16 yang terletak di atas bukit di tengah-tengah kota Rom tersenarai sebagai rumah termahal di dunia.

Menurut Oddity Central, kediaman yang diberi nama Villa Aurora itu kekal di tangga teratas selepas dilelong dengan harga 471 juta euro (RM2.2 bilion) pada Januari lepas.

Bagaimanapun sehingga kini rumah seluas lebih 27,000 meter persegi di bandar elit Via Veneto yang turut memiliki lukisan mural pelukis terkenal Itali, Caravaggio itu masih belum menemui pemilik baharunya.

Pemiliknya, Puteri Rita Boncompagni Ludovisi berkata, beliau berdepan masalah pembahagian harta dan mahkamah Itali telah memutuskan bahawa rumah tersebut harus dijual dalam sesi lelongan.

Bagaimanapun, harga yang ditetapkan untuk hartanah itu terlalu tinggi sehinggakan tiada sesiapa yang berminat untuk membelinya.

“Anda perlu menjadi seorang jutawan yang sangat kaya dan sanggup membelanjakan tambahan puluhan ribu pound lagi untuk membaiki masalah kebocoran pada beberapa kawasan di kediaman ini,” kata Puteri Rita.

Puteri Rita dilaporkan meminta kerajaan Itali untuk membeli vila itu dan memeliharanya, menyaksikan lebih 40,000 individu menandatangai petisyen menyokong hasrat itu.

Walaupun dijual dengan harga diskaun, Villa Aurora dilaporkan berkemungkinan mengganggu bajet Kementerian Kebudayaan Itali, menyebabkan kediaman itu masih kekal di pasaran sehingga kini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya