SINGAPURA: Universiti Kebangsaan Singapura menjadi universiti terbaik di rantau Asia Tenggara apabila menduduki tangga ke 19 dalam senarai Ranking Universiti Dunia yang dikeluarkan oleh Times Higher Education 2023.
Kedudukan itu juga menjadikan universiti tersebut berada dalam tempat 20 terbaik dunia buat pertama kali.
“Data itu menunjukkan dengan jelas bahawa sistem pendidikan tinggi di republik itu semakin berkembang.
“Keadaan itu juga menjelaskan sistem pendidikan Sinagpura saling berhubung dengan sektor antarabangsa untuk mewujudkan capaian pendidikan yang lebih luas,” kata jurucakap Times Higher Education, Phil Baty.
Selain itu, satu lagi universiti Singapura yang turut merekodkan peningkatan ranking dunia adalah Universiti Teknologi Nanyang yang berada di kedudukan 36.
Dalam pada itu, ranking universiti di Malaysia, Filipina, Thailand dan Indonesia dilaporkan semakin menurun.
Universiti Malaya di Malaysia terkeluar dari senarai 350 universiti terbaik dunia.
Universiti Filipina pula terkeluar dari senarai 800 universiti terbaik dunia dan Universiti Indonesia terkeluar dari senarai 1,000 terbaik.
Universiti Indonesia tersenarai pada kedudukan 1001-1200, manakala empat universiti Thailand berada pada ranking 801-1000.
Senarai yang dikeluarkan oleh Times Higher Education itu berdasarkan analisis 15.5 penerbitan penyelidikan, ditambah dengan lebih 40,000 respon terhadap tinjauan reputasi akademik tahunan.