Udang Thailand dilanda penyakit, pengeluaran dikurangkan - Utusan Malaysia

Udang Thailand dilanda penyakit, pengeluaran dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand terpaksa mengurangkan pengeluaran udang pada waktu puncak tahun ini kerana penularan penyakit di ladang kolam ternakannya.

Lapor Nikkei Asia, situasi itu memberi tekanan kepada kerajaan untuk menjamin bekalan mencukupi bagi pengguna tempatan, di tengah-tengah kerajaan cuba menyokong penternak udang skala kecil.

Di Thailand, udang boleh dikatakan kritikal untuk masyarakatnya kerana ia bukan sahaja digunakan sebagai bahan utama masakan hidangan popular tempatan seperti tom yam, malah turut dianggap penjana ekonomi.

Ini kerana, udang harimau hitam dan udang kaki putih menjadi antara eksport utama Thailand.

Industri terbabit teruk terjejas susulan penyebaran beberapa penyakit seperti sindrom kematian awal sejak lebih 10 tahun lalu.

Ia mengakibatkan pengeluaran udang Thailand dijangka menyusut kepada 270,000 tan metrik tahun ini berbanding paras tertinggi melebih 600,000 tan metrik sekitar 2011.

Menurut bank pusat Thailand, negara itu adalah pengeksport utama udang dunia sehingga 2012, namun terus ketinggalan di belakang India dan Ecuador pada 2016.

Pada Ogos lalu, kerajaan Thailand menetapkan keputusan luar biasa iaitu untuk mengimport sekitar 10,000 tan metrik udang dari Ecuador dan India sebagai tindak balas bagi menangani isu kekurangan bekalan itu.

Malah, kerajaan dan penternak udang pada Ogos lalu bersepakat menetapkan harga minimum sekitar 119 bath (RM14.71) hingga 180 baht (RM22.25) sekilogram untuk melindungi pengeluaran tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya