DAKAR: Tiga anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Bangladesh terbunuh dalam kejadian letupan bom tepi jalan di barat laut Republik Afrika Tengah semalam, kata PBB.
Serangan yang turut mencederakan beberapa yang lain itu berlaku berhampiran perkampungan Kaita, di sempadan dengan Cameroon yang terkenal dengan aktiviti militan.
“Batalion itu sedang melakukan rondaan apabila sebuah kenderaannya melanggar bahan letupan,” kata misi pengaman MINUSCA dalam ciapan hari ni.
Tiada militan dipersalahkan dalam serangan itu, walaupun ketua MINUSCA, Valentine Rugwabiza mengecam penggunaan bahan letupan oleh kumpulan bersenjata.
MINUSCA berkata, ia telah melancarkan siasatan ke atas letupan itu.
Republik Afrika Tengah digegarkan dengan keganasan sejak 2013 apabila kebanyakan pemberontak Seleka Muslim menggulingkan presiden ketika itu, Francois Bozize, menyebabkan tindakan balas daripada kebanyakan militan Kristian.