Tanah runtuh dekat kubur, beberapa jenazah hampir hanyut - Utusan Malaysia

Tanah runtuh dekat kubur, beberapa jenazah hampir hanyut

KEADAAN kubur yang terjejas akibat tanah runtuh di Tanah Perkuburan Awam Sirnaraga di Kota Bandung. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Perkhidmatan Perancang Ruang (Distaru) Kota Bandung, Jawa Barat melaporkan sebanyak 25 kubur terjejas akibat tanah runtuh ketika hujan lebat di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga.

Agensi berita Antara melaporkan, Ketua UPT Tanah Perkuburan Wilayah 1 Distaru, Kota Bandung, Saeful Iman berkata, ketika ini pihaknya sedang mengenal pasti kubur terlibat untuk dimaklumkan kepada waris atau keluarga.

CNN Indonesia pula melaporkan, benteng penahan TPU terbabit runtuh menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut.

Jelas Saeful, pihaknya juga sedang bertungkus-lumus bagi memastikan kejadian tanah runtuh itu menjadi semakin buruk dan menjejaskan kubur lain.

Katanya, daripada 25 kubur terbabit, 10 kubur mengalami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.

Sementara itu, Ketua Polis Sektor Cicendo, Sadewo berkata, kejadian tanah runtuh sekitar TPU Sirnaraga itu berpunca daripada hujan lebat yang berlaku sekitar pukul 2.37 petang (waktu Indonesia Barat).

Air dari Sungai Cilimus melimpah dan menyebabkan benteng di pinggir sungai itu runtuh.

“Daripada tujuh kubur itu, dua daripadanya adalah jenazah kanak-kanak kecil, lima lagi dewasa. Dalam keadaan baik, hanya ada sedikit yang boleh dilihat secara langsung seperti bahagian kepala,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya