Singapura sedia pertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh - Utusan Malaysia

Singapura sedia pertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh

PULAU BATU PUTEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Republik ini bersedia mempertahankan dan melindungi kedaulatan negaranya ke atas Batu Puteh (Pedra Branca), kata seorang jurucakap Kementerian Luar Singapura.

Malah, jurucakap kementerian itu menegaskan, Singapura juga akan berdepan dengan sebarang tindakan perundangan yang mungkin diambil oleh Malaysia.

Kenyataan jurucakap kementerian itu menyusul sehari selepas keputusan Malaysia meneruskan tindakan perundangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

“Singapura tidak boleh mengulas berhubung keputusan Malaysia memandangkan tiada butiran dikongsikan.

“Republik ini bersedia mempertahankan kedaulatan ke atas Pedra Branca dan akan berurusan apa jua tindakan undang-undang yang mungkin diambil oleh Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Kabinet bersetuju meneruskan tindakan perundangan di ICJ selepas mendengar laporan pembentangan dan cadangan dikemukakan Pasukan Khas Semakan Undang-Undang bagi kes berkenaan.

Malah, beliau berkata, pasukan khas itu turut mencadangkan supaya kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempertahan kedaulatan negara.

Sementara itu, jurucakap itu berkata, Singapura mengambil maklum keputusan Malaysia berhubung perkara tersebut dan menyemak semula butiran keputusan ICJ pada 2008.

“Pada 2008, mahkamah menganugerahkan kedaulatan ke atas Pedra Branca kepada Singapura dalam kes berkaitan kedaulatan ke atas Pedra Branca, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

“Selepas keputusan mahkamah, kedua-dua negara secara terbuka mengumumkan menerima dan mematuhi keputusan itu yang muktamad.

“Pada 2017, Malaysia memfailkan permohonan semakan dan permintaan untuk tafsiran keputusan mahkamah pada 2008 yang kemudian ditarik balik oleh Malaysia pada 2018.

“Di bawah statut mahkamah, permohonan semakan tidak boleh dibuat selepas tamat tempoh 10 tahun dari tarikh penghakiman mahkamah 2008 iaitu Mei 2018,” katanya. – CNA/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya