Senaman mampu cegah 500 juta kes baharu penyakit kronik - Utusan Malaysia

Senaman mampu cegah 500 juta kes baharu penyakit kronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu laporan mendedahkan hampir 500 juta kes baharu penyakit kronik seperti diabetes jenis dua, tekanan darah tinggi dan demensia dijangka dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh lapan tahun lagi.

Situasi itu bakal berlaku sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan segera dengan menggalakkan lebih ramai orang melakukan senaman secara kerap.

Memetik laporan The Guardian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran keras itu kepada semua negara ketika perkhidmatan kesihatan semakin tertekan.

Menurut agensi kesihatan antarabangsa itu, kegagalan menggerakkan orang ramai melakukan aktiviti senaman bakal menelan kos kira-kira AS$27 bilion (RM127.4 bilion) setahun.

Laporan WHO berkaitan aktiviti fizikal itu turut menyatakan senaman yang kerap mampu mengurangkan kira-kira 20 hingga 30 peratus risiko kematian pramatang.

“Di sebalik semua manfaat ini, pelaksanaan dasar berkaitan senaman kerap adalah `lambat dan tidak sekata’ sehingga menyebabkan kemajuan yang kurang memberangsangkan,” jelas laporan itu.

WHO meramalkan sebanyak 499.2 juta kes baharu penyakit tidak berjangkit (NCD) dan masalah kesihatan lain seperti diabetes jenis dua, strok, demensia, kemurungan dan kanser dijangka dilaporkan menjelang 2030 sekiranya keadaan tidak berubah.

Lebih 40 peratus jumlah kes itu dijangka berlaku di negara berpendapatan sederhana rendah seperti Kenya, India dan Bangladesh.

Tambah laporan itu, hampir separuh kes NCD baharu itu berpunca daripada hipertensi manakala 43 peratus disebabkan kemurungan.     

Menurut WHO, kira-kira tujuh hingga lapan peratus daripada kes penyakit kardiovaskular, kemurungan dan demensia boleh dicegah sekiranya penduduk menjadi lebih aktif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya