Rakyat Malaysia diekstradisi ke AS, didakwa seludup hidupan liar - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia diekstradisi ke AS, didakwa seludup hidupan liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand kerana didakwa cuba menyeludup hidupan liar dilaporkan diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS).

Teo Boon Ching, 57, menaiki penerbangan ke AS dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, di sini kelmarin.

Lelaki itu yang dikehendaki pihak berkuasa ditahan di sebuah hotel di sini pada 29 Jun lalu.

Jurucakap polis Thailand, Jirabhop Bhuridej memaklumkan, Boon Ching dikehendaki oleg Perkhidmatan Hidupan Liar dan Ikan AS kerana didakwa terlibat dalam kegiatan pemerdagangan gading gajah, hidupan liar yang terancam di Afrika, termasuk badak sumbu.

Lelaki itu juga didakwa terlibat dalam penyelewengan duit bagi kegiatan penyeludupan haiwan liar.

Menerusi laman web, Jabatan Perbendaharaan AS menyatakan, Boon Ching dan sebuah syarikat Malaysia, iaitu Sunrise Greenland terlibat dalam ‘pemerdagangan hidupan liar yang terancam serta produk pemburuan haram’.

Boon Ching juga dilaporkan sering menggunakan laluan Malaysia dan Laos untuk menjual ‘barangannya’ kepada pelanggan di Vietnam dan China.

Peningkatan permintaan daripada negara Asia sejak sedekad lalu menyaksikan krisis pemburuan haram semakin meruncing, menyaksikan banyak populasi gajah dan badak sumbu Afrika merosot.

Sehubungan itu, lelaki tersebut berdepan dengan satu pertuduhan konspirasi menyeludup hidupan liar dan dua pertuduhan penggubahan wang haram di AS.

Pertuduhan penggubahan wang haram membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, manakala pemerdagangan hidupan liar pula mengenakan penjara maksimum lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya