Pengantin lelaki belasah saksi kahwin hingga maut selepas majlis selesai

Pengantin lelaki belasah saksi kahwin hingga maut selepas majlis selesai

PENGANTIN lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan selepas memukul saksi perkahwinannya dalam satu insiden di Nusa Tenggara Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUSA TENGGARA TIMUR: Seorang saksi perkahwinan di Desa Tublopo di Timor Tengah Utara maut akibat dipukul pengantin lelaki selepas majlis pernikahan selesai.

Lapor Kompas.com, mangsa yang dikenali sebagai Milikior Tlaan ,45, dipukul pengantin lelaki bernama Yeremias Maol dan keluarganya sehingga terkorban.

Jurucakap polis, Arisandy menyatakan, kes bermula ketika upacara perkahwinan antara Yeremias dan pasangannya, Benedikta di sebuah gereja di Toblopo pada Rabu lalu.

Selepas upacara tersebut selesai, keluarga kedua-dua pengantin saling beramah dengan tetamu yang hadir.

Namun, mangsa yang juga merupakan ketua kampung memaklumkan kepada keluarga pengantin bahawa mereka tidak boleh adakan majlis keraian kerana tidak mendapatkan kebenaran.

Hal itu kerana mangsa bimbang jika majlis itu bertukar kecoh berikutan ramai tetamu mengambil minuman beralkohol.

Pengantin lelaki dan keluarganya yang berada di bawah pengaruh alkohol tidak bersetuju dengan mangsa lalu memukulnya beramai-ramai.

Akibat pukulan itu, mangsa mengalami lebam di bahagian mata dan badan.

Selepas insiden itu, mangsa dibawa ke hospital dan diberikan rawatan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Namun, keesokan harinya, mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia, manakala polis menahan pengantin lelaki dan beberapa ahli keluarganya bagi membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya