'Penebang pokok bersiri' musnahkan lebih 700 pokok tanpa sebab kukuh - Utusan Malaysia

‘Penebang pokok bersiri’ musnahkan lebih 700 pokok tanpa sebab kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTLAND: Pihak berkuasa di Gresham giat memburu individu yang digelar ‘Gresham Lumberjack’ selepas dia didakwa bertanggungjawab menebang kira-kira 700 pokok di sekitar kawasan itu tanpa sebab yang logik.

Satu pasukan khas ditubuhkan oleh polis Gresham dan pihak berkuasa pusat rekreasi untuk menyiasat kes tersebut selepas mereka mendapati ratusan pokok ditebang tanpa sebab.

“Penebang pokok bersiri’ itu didakwa sudah melakukan kegiatannya sejak setahun yang lalu dan disifatkan semakin berani.

Namun, sehingga kini, pihak berkuasa tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung siapakah pelakunya.

Petugas di pusat rekreasi Gresham pertama kali mengesan aktiviti haram itu berlaku pada Ogos 2021, namun tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden itu.

Dalam tempoh 13 bulan, penebang pokok itu dilaporkan sudah menebang antara 500 hingga 750 pokok yang sihat, sekali gus menjejaskan ekosistem di kawasan berkenaan.

Pihak berkuasa cuba memasang kamera litar tertutup untuk mengesan individu yang melakukan kesalahan itu, namun sehingga kini, tiada seorang pun dapat dikesan.

Selain menebang poko, suspek yang diburu itu juga merosakkan kawasan semak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya