Pendatang ‘campak’ anak - Utusan Malaysia

Pendatang ‘campak’ anak

PASUKAN sukarelawan RNLI menyelamatkan remaja Afghanistan yang hampir lemas di Selat Inggeris baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dek kerana terdesak, ramai golongan pendatang wanita sanggup ‘mencampak’ anak-anak mereka ke arah bot pasukan penyelamat ketika menyeberangi Selat Inggeris.

Ketua Institusi Bot Penyelamat Nasional Diraja (RNLI), Simon Ling berkata, anggota kru sukarelawan terpaksa berdepan dengan situasi panik dan amat mencemaskan itu hampir setiap hari di kawasan lautan berkenaan.

Pendedahan tersebut dibuat selepas rakaman mengerikan seorang gadis Afghanistan berusia 14 tahun yang hampir lemas di hanyut arus deras ketika operasi menyelamat di kawasan itu tular baru-baru ini.

Jelas Ling, golongan ibu daripada kumpulan pendatang yang menaiki bot atau perahu sanggup membuat tindakan ekstrem itu kerana terlalu mengharap anak-anak mereka diselamatkan terlebih dahulu tanpa memikirkan bahaya yang bakal menimpa ekoran tindakan sedemikian.

“Ibu-ibu dan anak mereka biasanya terpaksa berhimpit di bahagian tengah perahu dan apabila melihat bot penyelamat, mereka mula panik dan menjerit sebelum bertindak mencampak anak-anak atau bayi mereka untuk ‘disambut’ pasukan sukarelawan.

“Keadaan ini amat bahaya terutama ketika di tengah laut sehingga menjejaskan kesihatan emosi para sukarelawan kami apabila mereka turut sama trauma dengan situasi panik itu,” kata Ling.

Menurut pihak berkuasa, seramai 502 orang menyeberang Selat Inggeris dalam 12 insiden berasingan Selasa lalu.

Jumlah tersebut merupakan sebahagian kecil daripada lebih 37,000 pendatang yang bertarung nyawa menyeberang kawasan laut itu sepanjang tahun ini.-AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN