Pasangan dibunuh, mayat dicampak dalam sungai dipenuhi buaya - Utusan Malaysia

Pasangan dibunuh, mayat dicampak dalam sungai dipenuhi buaya

ROD Saunders dan isterinya, Rachel dibunuh secara kejam di Hutan Simpan Ngoye, utara Durban. - AGENSI   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sepasang suami isteri warga Britain dibunuh secara kejam dan mayat mereka dicampak ke dalam sungai dipenuhi buaya oleh sekumpulan penyamun di sebuah hutan simpan di Afrika Selatan. 

Pada sesi perbicaraan, mahkamah dimaklumkan, kumpulan penyamun itu menyerang ahli botani, Rod Saunders, 74, dan isterinya, Rachel, 63, ketika mereka sedang mencari biji benih pokok nadir di Hutan Simpan Ngoye, utara Durban pada 2018.

Lapor Daily Mail, pasangan itu menghabiskan masa kira-kira enam bulan menjelajah kawasan gunung dan hutan liar untuk mendapatkan bekalan benih bagi perniagaan mereka yang semakin berkembang di seluruh dunia.      

Ketika kejadian, Rod dan Rachel diculik, dipukul hingga mati dan kemudian mayat mereka dimasukkan ke dalam beg tidur lalu dicampak ke dalam sungai yang dipenuhi buaya.

Mayat pasangan yang sudah reput setelah dibaham reptilia ganas itu ditemukan oleh nelayan beberapa hari kemudian dan dibawa ke bilik mayat.

Polis menahan empat suspek dengan tiga daripada mereka didakwa atas tuduhan membunuh, menculik, merompak pasangan suami isteri itu.  

Sayefundeen Aslam Del Vecchio, 39, isterinya, Bibi Fatima Patel, 28, dan penjaga rumah, Mussa Ahmad Jackson, 35, menafikan semua tuduhan itu di Mahkamah Tinggi Durban.

Suspek keempat yang didapati membeli telefon bimbit milik mangsa dan tidak terlibat dalam pembunuhan itu, pula dilepaskan daripada hukuman sebagai balasan untuk mengemukakan bukti penting.

Sementara itu, mahkamah dimaklumkan, pegawai penyiasat menerima maklumat mengenai Rod dan Rachel pada 10 Februari lalu, tentang mereka diculik di wilayah Kwa-Zulu Natal.

“Difahamkan, defendan mengeluarkan wang sebanyak 37,000 pound (RM196,373) daripada mesin ATM yang kemudian dicuri selain kenderaan Land Cruiser dan peralatan perkhemahan mereka juga dirompak.

“Tertuduh membunuh Rod dan Rachel secara sengaja di Hutan Simpan Ngoye antara 10 hingga 15 Februari,” jelas laporan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya