Masalah mental warga emas Thailand membimbangkan - Utusan Malaysia

Masalah mental warga emas Thailand membimbangkan

KIRA-kira 14 peratus daripada 12 juta warga emas di Thailand berisiko mengalami kemurungan.  - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kemurungan dikenal pasti menjadi antara penyakit utama yang melanda golongan warga emas di Thailand ketika ini.

Bagaimanapun, isu masalah kesihatan mental masih kurang mendapat perhatian dalam kalangan kumpulan itu.

Pakar Geriatrik dari Hospital Siriraj Thailand, Dr. Titima Wongviriyawong berkata, warga emas mungkin tidak mengenali punca yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental.  

“Isu ini berkaitan dengan pengetahuan mengenai masalah kesihatan mental. 

“Mereka yang mengalaminya mungkin enggan mengaku mempunyai masalah kesihatan itu kerana berasa lemah,” katanya.

Jelas beliau, stigma demikian menjadi penghalang kepada warga emas mendapatkan bantuan.

Menurut Titima, kira-kira tujuh kes bunuh diri membabitkan warga emas bagi setiap 100,000 penduduk dilaporkan pada masa lalu.

Namun, katanya, sejak lima tahun lalu, jumlah itu meningkat kepada 11 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Titima bimbang masalah kesihatan mental yang tidak ditangani boleh menyebabkan peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan kumpulan warga emas.

“Ia amat membimbangkan. Punca utama disebabkan masalah kewangan dan masalah kesihatan mental,” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan masalah kesihatan itu perlu ditangani dengan kerjasama pelbagai pihak iaitu kerajaan, komuniti dan sektor swasta.  

Berdasarkan data dari jabatan kesihatan mental Thailand, kira-kira 14 peratus daripada 12 juta warga emas di negara itu berisiko mengalami kemurungan dan masalah itu dijangka bertambah teruk. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya