Lelaki Malaysia lakukan aksi 'wheelspin' di Hat Yai didenda 100,000 baht - Utusan Malaysia

Lelaki Malaysia lakukan aksi ‘wheelspin’ di Hat Yai didenda 100,000 baht

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SONGKHLA: Seorang lelaki Malaysia yang sengaja menunjuk-nunjuk kereta mewahnya dengan melakukan ‘wheelspin’ terpaksa membayar denda 100,000 baht (RM12,432) kerana merosakkan empat kenderaan yang diparkir di sebuah kawasan, di sini pada minggu lalu.

Empat pemilik kenderaan tersebut membuat laporan polis selepas pelancong dari Malaysia itu melakukan pemandun drif menggunakan kereta BMW M2 Coupe miliknya di Chanpuak camp di Hat Yai, Songkhla.

Aksi lelaki yang dikenali sebagai Abdul Raimi Azmi itu menyebabkan beberapa kenderaan yang diletakkan berhampiran rosak dan calar terkena batu yang terpelanting.

Keesokan harinya, Abdul Raimi ditahan polis di Pos Pemeriksaan Imigresen Sadao ketika melakukan perjalanan pulang ke Malaysia.

Pelancong berusia 32 tahun itu dibawa ke balai polis dan diarahkan membayar denda.

Keempat-empat pemilik kenderaan yang rosak itu meminta ganti rugi sebanyak 107,000 baht (RM13,301), namun hasil rundingan, bayaran itu dikurangkan kepada 100,000 baht.

Abdul Raimi kemudiannya memohon maaf berhubung insiden itu dan membayar denda yang dikenakan.

Dia memaklumkan, dia melakukan aksi tersebut kerana dicabar oleh seorang wanita yang bekerja di pusat gajah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya