Lelaki makan ketam yang sepit anaknya secara hidup-hidup - Utusan Malaysia

Lelaki makan ketam yang sepit anaknya secara hidup-hidup

SEORANG lelaki jatuh sakit selepas makan ketam hidup secara mentah selepas haiwan itu menyepit anaknya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZHEJIANG: Seorang lelaki di China mengalami sakit tenat selepas dia makan seekor ketam yang masih hidup kerana marah hidupan laut itu ‘menyepit’ anak perempuannya.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Lu, 39, berang selepas anaknya menjerit kesakitan akibat disepit ketam tersebut ketika mereka berada di dalam air.

Tanpa berfikir panjang, lelaki itu terus mengambil ketam berkenaan dan makannya hidup-hidup sehingga habis.

Media tempatan melaporkan, dua bulan kemudian, Lu dimasukkan ke hospital akibat sakit perut dan belakang yang kritikal sebelum dia disahkan mengalami penyakit penghadaman yang jarang berlaku iaitu ‘eosinophilic gastroenteritis’.

Pakar perubatan menyatakan terdapat perubahan patologi pada dada, perut, hati dan sistem penghadamannya.

“Kami berulang kami bertanya kepada Lu jika dia pernah terlibat dalam peraduan makan atau permainan yang pelik sehingga boleh mencetuskan alahan teruk, namun dia menjawab tiada.

“Kemudian, isterinya teringat bahawa Lu pernah makan ketam hidup secara mentah dan itu menjadi punca kepada penyakitnya,” kata Dr. Cao Qian di hospital di Hangzhou.

Jelas Qian, lelaki itu mengakui ‘mahu membalas dendam terhadap ketam itu’ hanya kerana haiwan tersebut menyepit anak perempuannya.

Ujian darah menunjukkan Lu dijangkiti sekurang-kurangnya tiga parasit selepas dia makan ketam berkenaan.

Kini, lelaki itu sudah beransur pulih, namun masih perlu memerlukan rawatan susulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya