Kulit putih bertukar coklat selepas ambil ubat antikemurungan - Utusan Malaysia

Kulit putih bertukar coklat selepas ambil ubat antikemurungan

PERUBAHAN warna kulit dipercayai selepas lelaki itu mengambil ubat antikemurungan. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATON ROUGE: Seorang lelaki dari Louisiana menghidap penyakit misteri selepas warna kulitnya bertukar dari putih menjadi coklat.

Difahamkan, perubahan warna kulit itu berlaku selepas lelaki itu mengambil ubat antikemurungan, lapor Oddity Central.

Tyler Monk, 34, yang bekerja sebagai pemeriksa serangga perosak membuat keputusan untuk merawat masalah kegelisahan dan kemurungan dirinya, tahun lalu.

Dia berjumpa pakar psikiatri dan diberikan ubat antikemurungan fluoxetine, yang biasa dikenali sebagai Prozac.

Bagaimanapun, bukan sahaja ubat tersebut gagal merawat dirnya, tetapi selepas beberapa bulan, bapa dua anak itu mula mengalami perubahan pada kulitnya yang semakin gelap dan beberapa bahagian lain menjadi warna coklat.

Walaupun sudah lebih setahun sejak dia mula perasan perubahan itu, tiada sesiapa yang mengetahui punca sebenar yang dialaminya.

“Doktor tidak mengetahui punca sebenar perubahan kulit saya.

“Mula-mula, mereka ingat ia adalah fotosensitiviti dan saya mempunyai reaksi terhadap cahaya.

“Selepas saya puas menutup seluruh badan, kulit saya tetap menjadi lebih gelap,” luahnya dalam TikTok.

Pada mulanya, dia hanya menafikan perubahan kulit itu sehingga ditegur oleh beberapa rakan lain.

Sehingga kini, tiada mana-mana pakar yang berjaya mengesahkan masalah yang dialaminya walaupun dia sudah berjumpa dengan ramai pakar kulit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya