Kulit kanak-kanak berubah kuning akibat makan terlalu banyak buah oren

Kulit kanak-kanak berubah kuning akibat makan terlalu banyak buah oren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang makan terlampau banyak buah oren sehingga kulitnya berubah kekuningan.

Ibunya, Charlotte Travers berkata, Thomas gemar makan buah oren dan limau mandarin satsuma sehingga kadangkala mampu menghabiskan keseluruhan paket dalam masa sehari.

Travers dari Paignton di Devon memberitahu tabiat makan berlebihan itu akhirnya menyebabkan warna kulit anaknya berubah menjadi kekuningan.

KULIT Thomas kelihatan berwarna kuning berbanding ibunya, Charlotte Travers. – SWNS

Malah, dia secara berseloroh menggelar anaknya sebagai `Thomas Simpson’, menyamai watak kartun terkenal dengan kulit berwarna kuning.

Menurut Travers, pada mulanya, dia amat bimbang dengan perubahan warna yang berlaku pada kulit anaknya.

Katanya, doktor juga pada awalnya berasa keliru dengan perubahan kulit Thomas sehingga mengambil masa untuk menentukan puncanya.

“Kulit anak saya mula berubah menjadi kuning dan saya agak bimbang kerana ia mungkin tanda kegagalan buah pinggang atau hati.

“Ujian darah diambil untuk mengesan puncanya namun hasil keputusan menunjukkan normal.

“Namun, apabila doktor memberitahu mengenai puncanya, saya berasa ia kelakar dan bergurau dengan memanggilnya Thomas Simpson,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya