Kelawar Bumblebee mamalia terkecil di dunia

Kelawar Bumblebee mamalia terkecil di dunia

KELAWAR Bumblebee dikategorikan sebagai mamalia terkecil di dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kelawar Kitti yang juga dikenali sebagai Kelawar Bumblebee kini bukan sahaja merupakan kelawar terkecil malah turut dikategorikan sebagai mamalia terkecil di dunia.

Terdapat lebih 1,200 spesies kelawar di seluruh dunia tetapi yang terkecil daripada kesemuanya hanya boleh ditemui di beberapa gua di Thailand dan Myanmar.

Menurut portal berita Oddity Central, kelawar tersebut sangat kecil dan boleh berehat dengan selesa pada jari manusia bersaiz sederhana.

Saiznya sekitar 29 hingga 33 milimeter (mm) dan beratnya hanya 2 gram. dengan lebar sayap kelawar Bumblebee ini hanyalah kira-kira 170 mm.

Kelawar tersebut ditemui pertama kalinya oleh ahli biologi Thailand, Kitti Thonglongya pada tahun 1973 sebelum mula menjadi tarikan pelancong di barat Thailand.

Malangnya perhatian berlebihan memberi kesan negatif terhadap mamalia terkecil di dunia itu.

Pakar kelawar Thailand, Pipat Soisook berkata, beberapa tahun lalu, beberapa gua telah diubahsuai untuk keselesaan pengunjung sehingga membawa kepada kemusnahan habitat kelawar comel itu.

“Eko pelancongan sepatutnya baik apabila pelancong atau pemandu pelancong tidak memusnahkan atau mengubah suai habitat semula jadinya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya