Kecoh kanak-kanak perempuan didakwa ‘dibela’ puntianak - Utusan Malaysia

Kecoh kanak-kanak perempuan didakwa ‘dibela’ puntianak

KAROL Inoviani (kanan) bersama Tiara Kartika yang didakwa dibela oleh puntianak. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kisah seorang kanak-kanak perempuan bernama Tiara Kartika menjadi tular dalam media sosial di Indonesia selepas didakwa dibela oleh puntianak.

Bukan setakat gelaran `anak puntianak’ yang membuatkan Tiara terkenal, malah rupa paras yang jelita turut menjadi perhatian dalam kalangan warganet di negara itu.  

Lapor Tribunnews, kisah Tiara menjadi tular selepas penduduk bernama Karol Inoviani memuat naik video mengenai kanak-kanak itu di akaun peribadi YouTube pada 28 Julai lalu.

Dilaporkan, kira-kira 11 tahun lalu, seorang wanita dikenali sebagai Nur menemukan Tiara semasa masih bayi, di tengah hutan.  

Sejak itu, Nur membawa pulang Tiara dan menjaganya sehingga menjadi dewasa.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan umur sebenar mahupun lokasi tempat tinggal Tiara.

Sementara itu, Tiara mengakui hanya pernah belajar sehingga darjah 3 di sekolah rendah.

Katanya, dia terpaksa berhenti sekolah kerana sering dibuli oleh rakan-rakannya yang mengejeknya sebagai anak puntianak.

Tiara mengakui menjadi mangsa ejekan selepas rakan-rakannya melihat dia dalam keadaan khayal dan bercakap sendirian.

Tiara mendakwa mereka yang membulinya turut ditimpa musibah termasuk ada juga yang meninggal dunia.      

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya