Jelajah seluruh UK, gunting rambut gelandangan percuma

Jelajah seluruh UK, gunting rambut gelandangan percuma

MOHAMMED Ali menjelajah seluruh UK untuk menggunting rambut gelandangan secara percuma. - CATERS NEWS AGENCY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang tukang gunting di United Kingdom (UK) sanggup menjelajah seluruh negara hanya untuk menawarkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada golongan gelandangan.

Lapor Daily Mail, usaha murni itu dilakukan oleh pemilik kedai gunting rambut Mo’s Barbers, Mohammed Ali Yaquob, 26, yang kini menetap di Derby.

Mohammed Ali sudah mengunjungi beberapa bandar termasuk Birmingham, Manchester, Leicester dan London dalam misi menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan menerusi khidmat gunting rambut percuma.

Akaun TikTok Mohammed Ali menjadi tular dan berjaya menarik lebih sejuta pengikut yang rata-ratanya mengucapkan terima kasih atas sikapnya yang murah hati.

“Tuhan menganugerahkan bakat istimewa kepada saya, jadi wajarlah saya menggunakannya sebaiknya dengan membantu golongan yang memerlukan.

“Malah, saya juga berasa amat gembira apabila dapat menggunting rambut secara percuma.

“Gelandangan juga manusia biasa seperti kita cuma golongan itu hidup keseorangan. Jadi, jika khidmat potong rambut percuma dapat menceriakan hari mereka maka ia adalah sesuatu yang amat bagus,” katanya.

Sementara itu, menurut Mohammed Ali, dia bekerja selama enam hari seminggu di kedai gunting rambut miliknya.

“Pada hari cuti pula, saya mengunjungi beberapa bandar dan mencari gelandangan yang memerlukan potongan rambut yang baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya