Jakarta banjir, hampir 70 unit kejiranan tenggelam - Utusan Malaysia

Jakarta banjir, hampir 70 unit kejiranan tenggelam

PASUKAN penyelamat membantu dua kanak-kanak mangsa banjir di Kebon Pala, Jakarta Timur.- DETIK.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Hampir 70 unit kejiranan (RT) tenggelam dilanda banjir selepas Sungai Ciliwung melimpah malam tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Badan Pencegahan Bencana Daerah (BPBD) DKI Jakarta, Isnawa Adji dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Menurut beliau, banjir mula melanda ekoran hujan lebat sejak Ahad di beberapa kawasan di wilayah Jakarta.

“BPBD mencatat peningkatan jumlah RT yang ditenggelami air daripada hanya empat sehingga menjadi 68 kawasan atau 0.2 peratus daripada 30.417 peratus RT yang ada di DKI Jakarta sejak awal pagi.

“Hujan sangat lebat menyebabkan status di Bendung Katulampa terus meningkat ke paras bahaya dan Pos Pemantauan Depok berada di tahap 2 atau berjaga-jaga,” katanya.

BPBD mencatatkan dua RT di Kelurahan Cililitan yang dinaiki air dengan ketinggian 170 hingga 220 sm dan 18 RT di Kampung Cawang dengan ketinggian 60 hingga 230 sm.

Di Kelurahan Bidara Cina, terdapat 15 RT dengan air mencecah ketinggian 40 hingga 270 sm sementara 13 RT di Kelurahan Kampung Melayu mencatat ketinggian 70 hingga 220 sm.

Paras air (TMA) Sungai Ciliwung di pos pemantauan Empangan Katulampa mula meningkat mencecah 220 sm pada pukul 7.16 malam semalam yang membawa amaran banjir tahap 1 di Jakarta.

Hanya beberapa minit sebelum itu pada pukul 6.52 petang, TMA Sungai Ciliwung hanya mencapai 180 sm atau amaran banjir tahap 2 di Jakarta.

Menurut portal berita CNN Indonesia, seramai 75 mangsa banjir ditempatkan di Musholla Daarur Rahman, 30 orang di Musholla Al Islah dan 11 orang di sekolah di Kelurahan Bidara Cina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya