Ibu peluk bayi terjun laut elak bot terbakar - Utusan Malaysia

Ibu peluk bayi terjun laut elak bot terbakar

TANGKAP layar video menunjukkan pasukan keselamatan menyelamatkan seorang wanita dan bayinya selepas terjun ke dalam laut susulan insiden bot terbakar di Kupang. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUPANG: Pasukan keselamatan yang melakukan operasi mencari serta menyelamat (SAR) Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT) berjaya menyelamatkan seorang bayi dan ibunya yang didakwa terjun ke dalam laut ketika bot penumpang KM Express Cantika 77 terbakar.

Bot itu terbakar ketika berada di luar pesisir Pulau Timor di NTT, menyebabkan para penumpang panik dan terpaksa terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan diri.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 13 maut dan 241 penumpang terselamat.

Ketika kejadian, bot itu membawa seramai 254 penumpang termasuk kru.

Menurut Ketua Pejabat SAR Kupang I, Putu Sudayana, wanita tersebut memeluk erat bayinya ketika terjun ke dalam laut dan berpaut pada pelampung keselamatan.

“Ibu dan bayi tersebut berjaya diselamatkan ketika pasukan keselamatan tiba di lokasi kejadian.

“Kami bersyukur keadaan mereka juga stabil dan tidak mengalami kecederaan, selain kepenatan,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Kebakaran itu bermula di bahagian dek atas ketika bot tersebut belayar dari Kupang ke bandar Kalabahi di Pulau Alor.

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan pihak berkuasa akan melakukan siasatan terperinci.

Kebanyakan mangsa yang terselamat dilaporkan memakai jaket keselamatan, manakala sebahagian lagi berenang ke pantai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya