Hampir 30,000 pendatang terkorban ketika cuba masuk Eropah sejak 2019 - Utusan Malaysia

Hampir 30,000 pendatang terkorban ketika cuba masuk Eropah sejak 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Lebih 29,000 terkorban ketika melakukan migrasi ke Eropah sejak 2019, dengan 5,000 daripadanya maut dalam tempoh dua tahun lalu.

Menurut laporan Organisasi Migrasi, jumlah kematian pendatang dilaporkan meningkat di laluan merentasi Mediterranean, di bahagian sempadan Eropah dan antara benua.

Laporan itu menyebut, laluan paling banyak menyebabkan kematian pendatang adalah di Mediterranean Tengah, menyaksikan 2,836 orang termasuk pelarian maut sejak Januari 2021 ketika cuba memasuki Itali atau Malta menggunakan laluan dari Libya dan Tunisia.

Laluan kedua paling banyak menyebabkan kematian adalah Atlantin, iaitu dari Afrika barat ke Kepulauan Canary di Sepanyol, menyebabkan lebih 1,500 pendatang terkorban sejak 2021.

Namun, kesemua jumlah itu mungkin dianggarkan lebih tinggi memandangkan terdapat kesukaran dalam mengumpul dan mengesahkan maklumat, selain banyak bot pendatang karam di lautan tanpa melibatkan saksi.

Selain itu, peningkatan kematian pendatang juga direkodkan di sempadan Eropah, termasuk di Grece, Balkan barat dan Terusan Inggeris. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya