Dunia tunggu bilakah Korea Utara mahu lancar ujian bom nuklear

Dunia tunggu bilakah Korea Utara mahu lancar ujian bom nuklear

KOREA Utara semakin aktif melancarkan peluru berpandu balistik jarak jauh dan dekat sejak kebelakangan ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dunia kini diibaratkan ‘tertunggu-tunggu bilakah Korea Utara akan melaksanakan ujian bom nuklear’.

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), rafael Grossi berkata, Korea Utara menjadi perhatian dunia selepas beberapa kali melancarkan ujian peluru berpandu yang mencetuskan ketegangan serantau, terutamanya Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan.

Katanya, jika Pyongyang melancarkan ujian bom nuklear, ia secara tidak langsung menjadi pengesahan kemajuan program nuklear negara itu yang amat membimbangkan.

“IAEA sentiasa memantau rapat situasi di Korea Utara, terutamanya berkaitan senjata nuklear yang dihasilkan,” katanya.

Sejak April lalu, AS memberi amaran Pyongyang sudah bersedia menjalankan ujian bom nuklear selepas berehat selama lima tahun.

Kesediaan itu disokong dengan pelancaran pelbagai jenis peluru berpandu balistik jarak dekat dan jauh yang menyebabkan pelbagai pihak bimbang sekiranya berlaku perang nuklear.

Namun, Grossi berpandangan, Korea Utara mungkin tidak akan melancarkan ujian bom nuklear dalam tempoh terdekat.

“Kami menyaksikan persiapan dan pelbagai perkara berkaitan, namun tidak mungkin Pyongyang lancarkan ujian bom nuklear dalam masa terdekat.

“Namun, kami juga tidak boleh terlalu selesa dengan jangkaan itu yang boleh berubah pada bila-bila masa,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya