Burkina Faso berdepan situasi kritikal

Burkina Faso berdepan situasi kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OUAGADOUGOU: Pemimpin tentera yang merampas kuasa di Burkina Faso mengumumkan seluruh negara berdepan situasi yang sangat kritikal.

Sambil memakai uniform tentera, Kapten Ibrahim Traore berkata, tindakan segera perlu dilakukan bagi memulihkan aspek pertahanan, kesihatan dan infrstruktur.

Rampasan kuasa sejak Jumaat lalu, adalah insiden kedua yang berlaku di negara Afrika Barat tahun ini.

Ibrahim yang dinamakan sebagai pemerintah baharu pada Ahad menggesa agar rusuhan dihentikan, sehari selepas penunjuk perasaan menyerang Kedutaan Perancis dan bangunan lain.

Sebelum ini, pemimpin agama dan tradisional di Burkina Faso berkata, pemimpin yang digulingkan, Paul-Henri Damiba bersetuju untuk berundur.

Laporan yang belum disahkan memaklumkan pemimpin itu melarikan diri ke negara jiran, Togo.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya