KAMPALA: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh, termasuk kanak-kanak dalam satu insiden kebakaran di sebuah sekolah di luar bandar berhampiran Kampala.
Jurucakap polis, Luke Owoyesigire berkata, kebakaran itu berlaku di sekolah untuk golongan buta di daerah Mukono tanpa memberikan butiran lanjut.
Insiden kebakaran di sekolah sering menjadi perhatian dan kebimbangan para pegawai pendidik di Afrika Timur.
Pada 2020, sebanyak dua blok sekolah asrama terkenal di Kampala musnah dalam kebakaran berasingan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pada 2008, seramai 19 pelajar terkorban dalam kebakaran yang tercetus pada waktu malam di sebuah sekolah berasrama berhampiran Kampala. – AP