Warga emas maut diserang kanggaru, kejadian pertama sejak 86 tahun - Utusan Malaysia

Warga emas maut diserang kanggaru, kejadian pertama sejak 86 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang lelaki warga emas maut dengan kecederaan serius dipercayai diserang seekor kanggaru yang dibelanya sebagai haiwan peliharaan.

Serangan maut itu merupakan yang pertama dilaporkan berlaku melibatkan kanggaru di negara ini dalam tempoh 86 tahun.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu ditemukan dalam keadaan cedera parah oleh ahli keluarga di sebuah rumah di pekan Redmond di Australua Barat pada Ahad lalu.

Polis memaklumkan, lelaki itu dipercayai maut akibat serangan haiwan itu pada hari yang sama.

Ahli keluarga mangsa menghubungi paramedik dan lelaki itu sempat menerima rawatan kecemasan sebelum akhirnya meninggal dunia.

“Terdapat seekor kanggaru yang cuba menghalang laluan ambulans di kawasan kediaman tersebut.

“Haiwan itu bertindak agresif menyebabkan polis terpaksa menembaknya,” kata jurucakap polis.

Haiwan itu dipercayai dijaga mangsa sebagai haiwan peliharaan.

Media Australia melaporkan, kali terakhir insiden melibatkan serangan maut oleh kanggaru berlaku pada 1936, menyaksikan seorang lelaki berusia 36 terbunuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya