RALEIGH: Seorang wanita yang sudah memiliki 16 orang anak kini dilaporkan mengandung anak ke-17.
Memetik laporan Mirror, Patty Hernandez, 40, memilih semua nama anaknya bermula dengan huruf C sebagai penghormatan kepada suaminya, Carlos.
Patty dan Charlos yang kini menetap di North Carolina di Amerika Syarikat (AS), merancang untuk mengekalkan tradisi nama tersebut bagi anak ke-17 mereka.
Anak ke-17 pasangan itu dijangka dilahirkan pada Mac tahun depan.
Patty berharap dapat menambah bilangan anaknya sehingga mempunyai 20 orang anak.
Bagaimanapun, katanya, semuanya berada di tangan Tuhan.
“Saya hamil 13 minggu apabila saya mendapat tahu saya mengandung lagi.
“Saya sudah mengandung selama 14 tahun jadi saya berasa gembira, teruja dan syukur kerana dipilih untuk sekali lagi menimang cahaya mata ke-17,” katanya kepada majalah Fabulous.
Sebelum ini, Patty pernah memberitahu dia percaya akan mengandung semula selepas kelahiran anak ke-16 pada musim bunga lalu.
Patty melahirkan anak ke-16 yang diberi nama Clayton pada Mei tahun lalu.